i love ALLAH

Wednesday 5 August 2015

hey you!

assalamualaikum wbt.

may Allah bless us for today and In Syaa Allah HE will always blessing us until hereafter..aamiin ya rabb

macam tajuk novel pulak haha.(tajuk post kali ni)

btw, why "hey!" sebabbb..
 sejak dua menjak ni, sekeliling membuat kan rsa nak jerit hey you! especially kpd B-) kpdd..(haha x nak sebut kang kena saman aku :P)

bukan apa, kepdaa yg terpelajar,ter....ter...terderma..hiksss...
k sengaja nak buat ayt tu..oh!
xpun ayat yg ni lah..
"esok2 dah balik U"
"esok masih cuti semester lagi." amboiii idea dr mn kau dpt ni (AM)

k xdah kaitan dgn isu semasa and politik cuma br thu apalah yg d hebohkan dgn nsi goreng AM, lepas tu perniagaan online, sila PM saya...(ahmm..topik boring, ya la siang petang berita dok ulang benda sama...)but In Syaa Allah sila concern dgn isu semasa ya hang tu warga Malaysia...and paling penting hang tu Hamba ALLAH..

k sebenar nya nak share sikit,
tu hari ada seorang sahabat ni tnya psal bab couple, and esok Allah uji sy pula...Alhamdulillah smg Allah terima mujahadah diri ini..aamiin...

ya lah, tetiba pula kawan kau yg sematrik dulu yg 2 thun dah x brni contact kau, cuba cari pasal "memungkin dia silap org" ap ke jadah,,ingat aku nak memungkinkan "eh mcm kenal no siapa" haha biarlah aku menenangkan fikiran dan mengalahkan syaitan dgn tidk membals mesej yg x berbayar itu..( bayar wifi ja).ikut kan hati nak kata "KAU DAH KENAPA?"'..tpi just wasting my time,,oh cukuplah aku buang masa, jgn dtmbh masa yg mh dibuang lagi =_=''

k, tips nak share In Syaa Allah..klu ada kwn lelaki especially yg "macam pernah" rapat kat kau tetiba mesej kau..k jgn la perasan ya..sila skodeng fb dia ka,apa2 lah (stalk) and YES! dlm tu kau akan jmpa perangai org tu..dan kalau menjengkelkan..bagus lah hilang lah perasaan nak perasan hang dan tertanya2 kenapa dia mesej kau..dan please girl..be ego more than a boy hahaha XD cause as muslimah we must have rasa malu..In Syaa ALLAH...ya ALLAH jdikan kami wanita solehah..yg layak mencintaiMU dn dicintaiMU..
aamiin...

ckp psl hati ni,,awat ckp bab hati (sebab nak dpt buku free asyraf farique, Tuhan,andai dia jodohku ..hehe) serahkan pd Allah..bkn ka sweet bila kau dpt mencontohi cinta rabiatul adawiyah, mencontohi kewanitaan Khaulah Al-Azwa, menzuhudkan diri seperti Uwais Al-Qarni, mencerdikkan diri (baca tuntut ilmu) sperti Saidatina Aisha RA dan setabah Saidatina Khadijah,,Masha Allah...itulah idol2 klu nak dijadikan teladan..and of coz, the first and foremost idol is Rasulullah SAW..

sayangnya... dunia semakin melelahkan..arus keyahudian semakin deras, dan kau perlu kuat untuk melawan arus itu dan arus kezaliman, sgkakan negeri org kena hujan batu, rupanya negeri sendiri hujan batu juga (peribahas sndri,x layak di tiru)..oh begitu rasanya...ada pemimpin sepertinya..ohh...

oh ya semalam mimpi tetiba ada perang,Nauzubillah...dan dlm mimpi tu time tu aku just bersembunyi sebab belum ada kekuatan untuk mengangkat sengaja...sedih  nya..dan terbangunlah dr mimpi..huhh..lega...Tapi,smg bila Allah mntakdirkan diri ni utk mjd pejuang Islam,tiba waktunya maka semoga tiadalah gentar mengangkat senjata, menghadp musuh, dan semoga trgolonglah diri kita dlam memenangkan Islam..aaamiin...In Syaa Allah..

_wallahualam_rasanya cukup lah makan ikan kerapu malam ni..smg ikan kerapu ni memberi manfaat yg dpt diambil iktibar...In Syaa Allah..anda of coz, menjadi peringatan utama utk diri saya sendiri..

Assalamualaikum..




Thursday 11 June 2015

Lah Tahzan....

Assalamualaikum WBT...

Salam Jumu'ah..Allahumma solli 'ala Saidina Muhammad..

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, dan tabi-tabi'in serta ahli keluarga baginda am nya..

Alhamdulillah di pagi jumaat kita masih dapat bangun, menunaikan solat, menghirup udara segar, dan matahari kita lihat masih memancarkan cahayanya dari sebelah timur..

Hampir 3 minggu duduk d rumah@ sabah, hampr selama tu juga lah mujahadah semakin kuat untuk membuka mata untk bangun tahajjud pada pukul 4, tapi apakan daya, aku hamba yang lemah, masih banyak perlu d perbaiki lagi, dan hampir tu juga aku kecundang! buka2 mata pukul 5, already subuh here.. T-T sebab d KL dulu selalu bangun tahajjud pukul 5,..keliru..mencari2 salah dan silap nnya di mana,..dan OF COZ semua dosa2 itulah salah dan silap ku.

Lagi satu, i want to share something, hehem..shhh..senyap2 deh..

sedih T-T huwaaaaa...

banyak perkara membuat kan aku sedar, tertampar sepanjang cuti ini, aku seorang yang banyak cakap, dan bila cuti, ingat lagi pesan sahabt2 ku ukhti fillah, "jangan senyap2 cuti ni, watsapp2, gegarkan group"..(so i'll try to make noise in group, but now i need to stop that habit! In Syaa Allah because do that is more important is more wajib! like thinking what program that you want to held for ur junior, right?)
sebab sayang ukhti...da'ie sebenar itu sentiasa busy, dan aku selalu menjadi mangsa,, mungkin kah aku shaja yang sedang tidak busy, sehingga bila ku tanya khabar, di watsapp, there's no one reply me...yes i know, droang busy, sehingga melihat kan watsapp ku shaja tapi x mampu nak balas, even kata2 cheers...:')

tahu! perkara ini membuatkan aku sedar!
ira u must be mature!!!! dan aku perlu kurang kan bercakap, bertanya or mmbuat lawak d group, because no body will reply me...dan ini aku lihat sebaga teguran dari Allah, yang terlalu banyak aku sia2 kan sepanjang cuti ini,

dan aku sayang mereka, semoga mereka kuat dalam bermujahadah..kerana aku pun sedang berusaha..

di temani buku lagenda budak usrah, tulisan Muharikah, membuatkan aku terpujuk, yang tarbiyah ini kerana Allah, bukan ukhwah semata2, dan perlunya kuat berada d jalan DnT ini walau pun kau sedang FUTUR!!!!..

ahh, puas sesi tuang hati!

salam takziah buat penduduk sabah yang terkena kesan gempa,  May Allah bless we..dan ini tak mematahkan semangat ku untuk mahu mendaki Gunung Kinabalu..In Syaa Allah one day!!! Aamiin..iapa mahu join? jom!

with tears,
Syahira,

Friday 29 May 2015

Bukan Accident tapi Takdir!

Assalamualaikum WBT..
 Bismillahirrahmanirrahim...

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda serta ahli keluarga baginda am nya...

Sollu 'Ala Nabi...
Allahumma Solli 'Ala Muhammad..

Hidup ini, or more specific, kehidupan ini, hakikatnya hanya Allah yang tahu..
apa yang ada di depan kita,dan di belakang kita..

As long as ur heart wanna something good, as ur soul wanna something that can bring u close to ur Creator, Allah azza wajalla..He will make ur pure intentions, ur pure dreams become true..

He will sends a present for you..

Dan hadiah itu bukan dari segi duit, makanan...
but something that u can't expect.
boleh jadi hadiah itu dari bentuk suasana yang sgt solehah sehingga kau terpukau untuk berubah bersama2 suasana yang mendamaikan jiwa..

Dan paling perlu kau hargai di kirimNya sahabat baik yang dapat menegur mu bila kau buat kesalahan, dan mengajak mu untuk sama2 berbuat kebaikan..demi mencapai redhaNya..


Oh tidak!!! yang palingggg kau perlu syukuri terlalu banyak..sebanyak oxygen yang kau hirup hari2 dari kau mula menjadi zygote lagi..

hmmm..Masha Allah, semuanya Aallah ciptakan untuk kita sebagai hambaNya agar kita dapt beribadah dan menjadi khalifah memakmurkan dunia ini...
tapi...jauh sekali kita gunakan nikmat ini untuk memenuhi amanah yang bukit, langit pun x sanggup pikul,
tapi KITA MANUSIA mahu memikulnya...


Ya..dekat dengan Sang Pencipta sangat mendamaikan jiwa..
ingin sekali  ku nikmati manis nya iman setiap saat..
tapi sering kecundang nafsu dan benda melaghakan,

Tapi..
Alhamdulillah,..
Aku masih di pilihNya
dalam beribu2 manusia,
Dia memili ku
untuk memahami apa itu Dakwah dan Tarbiyah!
Alhamdulillah..

seorang akhwat yang sangat ku hormati dan uhibuki  fillah..
pernah berkata

"TIDAK! kita tak pernah accident dengan tarbiyah..tetapi kita memang di takdirkan untuk berada di jalan dakwah dan tarbiyah ini"

"Kenapa mahu pisahkan nadi dari jasad kita, bila Dakwah itu lah nadi kita!


"Serius ukhti fillah..bila kita mengutamakan bisikan syaitan laknatullah, bila kita mula cinta dunia dan saat itu kita mula terpengaruh dengan hasutan kecundang..dan memilih untuk berhenti dari jalan ini...serius kita macam orang gila!"

#DEEP!!!! sangat deep..and i don't know how to explain more...


Ya Allah semoga Engkau sentiasa meletakkan kami dalam saff2 yang mengembalikan kegemilangan Islam..Aamiin..




Thursday 7 August 2014

for the sake of Allah...

Assalamualaikum...
angkat tangan siapa baca blog saya???krik..krik..krik...
(kalau ada cuba comment sikit,hehe...x nak pun tak pa,kita tak beria-ria pun)
Macam tajuk kat atas tu,hari ni saya nak share sikit...
oh ya tapi sebelum tu,saya nak ucapkan Salam Jumu'ah dan let's recite Al-Kahf...In Syaa Allah, tak lupa juga nak ucap..."SELAMAT HARI RAYA" hehe..maaf zahir dan batin:)...so macam mana syawal ni?dah puasa sunat syawal belum?dah ganti puasa belum?saja nak mengingatkan..

k balik pada apa yang sya nak share, apa2 pun sya share ni adalah untuk peringatan untuk diri saya sendiri juga:) dan untuk yang sudi nak baca...ok sekarang,kita tengok diri kita,alhamdulillah Allah still beri kita nyawa lagi hari ini,maksudnya Allah still beri kita peluang untuk bertaubat dan beribadah kepadaNYA,baik kan Allah,padahal mungkin sahaja semalam kita tidur lupa@malas nak baca doa,mungkin sahaja semalam kita sedang ketawa terbahak-bahak tengok running man,dan banyak lagi kemungkinan,..Astagfirullah-Al Azim...(istighfar jom!!!)
so hari ni, kalau kita sedar apa yang kita buat tu banyak melupakan Allah,Alhamdulillah juga sebab kita still diberi kesedaran, jadi jangan lepaskan peluang kesedaran yang Allah beri itu untuk pasangkan niat nak berubah,sikit pun tak pa.sikkkkkiiiiiitttt je pun tak pa,berubah pelan2 as long as u try and never give up. Kita nak hari ni jadi lebih baik dari semalam,lebih baik dari minggu lepas (minggu raya kot...futur berabis -.-''),lebih baik dari bulan lepas,lebih baik dari tahun2 lepas, In Syaa Allah...
Tapi sebelum tu pastikan kita niat nak berubah sebab apa?sebab nak cari redha Allah,change for the sake of Allah...berapa ramai antara kita sedar yang hidup kita ni cuma sementara?In Syaa Allah semua sedar, dan berapa ramai yang sedar sebenarnya tujuan Allah cipta kita ni sebab apa?
Mari kita buka terjemahan Al-Quran, surah ke-52 ayat ke 56 dan Surah ke 36 ayat 12...
Subahanallah, awak Allah tak cipta kita no propose...Allah cipta kita sebab nak beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi ni, bila sentuh tentang khalifah bukan lah spesific kepada pemimpin je,tapi iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran..ya Allah betapa alpa nya kita, padahal sebelum ditiupkan roh kedalam rahim ibu kita lagi kita dah janji dengan Allah yang Allah is our lord dan kita dah kata kita mampu nak pegang amanah di mana bila amanah tu nak diturunkan kepada langit,langit pun tak mampu nak pegang amanah tu, bila tanya gunung,gunungyang besaaaarrrrr tu (bayangkan gunung kinabalu...waaaa) tu pun tak mampu,tapi kita yang lebih kerdil daripada mahkluk Allah dua tu yang kata kita nak!!!! so there is no other reason for us to say NO!!!

Tapi jangan lah rasa terbeban,Allah menciptakan dan menentukan apa yang berlaku tu pasti ada hikmah yang  besar, sebab Dia Maha Mengetahui...jadi apa yang kita perlu buat sekarang,BERUSAHA CARI REDHA ALLAH..siapa nak masuk syurga???saya!!!!! In Syaa Allah..aamiin..In Syaa Allah kita la orang yang dapat masuk syurga bila mana kita berusaha dekatkan diri dengan Allah, mengamalkan sunnah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW, dan berusaha untuk mneyebarkan kebenaran dan keindahan Islam. Berusaha untuk menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dalam hidup kita dan dalam masa yang sama kita mengajak kawan-kawan kita yang lain untuk sambut CINTA ALLAH dan RASULULLAH SAW.

Sahabat2 sekalian, hidup ni cuma sementara,dunia akhirat adalah yang akan kekal, kita cuma seorang traveller sekarang ni yang mana kita berusaha cari bekal untuk di bawa ke alam akhirat, di mana bekal tu la yang dapat membawa kita untuk sampai ke destinasi sebenar iaitu syurga ALLAH dan bertemu dengan kekasih sebenar iaitu our creator ALLAH, the Most Beautiful,the Most Greater, and the other Asmaul Husna...
In  Syaa Allah kita sedar dan berusaha, hidup kita ni tak da makna nya bila Allah tak redha, sebab macam juga kita masuk rumah orang,tapi tuan rumah tak layan kita,buat dek je kat kita,kita suka ke?tak kan...bagus tak yah masuk rumah dia, sebab apa tuan rumah tak nak layan,sebab kita masuk rumah dia tak hormat dia,tak da adab, nak senang je,..hah!!!macam tu la...malu kut orang tak layan..cuba bayangkan bila kat akhirat,kita nak sangat Allah pandang kita,kita tapi dulu dunia kita nak hadapkan diri kat Allah pun tak,(nauzubillah..),tak pandang pun laranganNYA,tak ikut pun suruhaNYA, so fair ke??tepuk dada tanya iman kita....

Bila kita berusaha jadi hambaNYA yang soleh and solehah,kita tak rugi tau, In Syaa Allah besar manfaat dia, bukan setakat kita boleh capai syurgaNYA,tapi In Syaa Allah kita mampu bawa ibu ayah dan keluarga kita masuk syurga, cuba buka surah ke 66 ayat 6, so??kita nak ke jadi bahan api neraka??tak nak!!!jadi kita lah yang perlu jadi penyelamat,nak harap kan siapa lagi???cuba bagitahu??
dah banyak kut saya tulis,...kut la haha...k selamat membaca dan Salam Ukhuwah untuk awak!!!

p/s:saya nak jadi baik,sapa nak join???
Wallahualam..Assalamualaikum..

Saturday 7 June 2014

alhamdulillah...dapat buka blog!!!!!

Alhamdulillah...all praise to Allah
tak sgka dpt juga buka balik blog ni walaupun sudah berkurun lamanya tak dapat buka sebab lupa password..bole2 nya..hahaa
nothing special to post..
_Al Mulk an Al-Khafi don't forget to recite befor sleep_may Allah bless....
Assalamualaikum
:)_feeling blessed and exicted

Monday 21 October 2013

HIDUP DI KML

Assalamualaikum..
MUET WEEK...actually la kalau aku still kat matrik labuan tu,of course sekarang tengah practise dengan group muet aku..

Alhamdulillah..dapat tawaran dari MR.UIA...on tuesday.8/10/2013..at before 3.00 p.m...in the Biology's lecture in DK3..(WOW!!!memang moment indah..tak sangka ngat semua tu..x pecaya aku)..ya lah time tu..before masuk kuliah chemistry tu..ila(my twin) yang memang dah dapat tawaran UIA dari semalamnya lagi means hari isnin,7/10/2013 petang2 time mahu asar tu..dia gi tau..tadi dia ada call kakak kat UIA tu..kakak tu kata mybe permohonan aku tercicir..apa??!!"TERCICIR!!!"..ya ALLAH..betapa sedihnya aku..ila kata banyakkan berdoa la..kakak tu kata dia semak balik..ok..terasa air mata memang tak nak berhenti pula kan..haishhhh...masuk kuliah duduk sebelah ziqah..rasa macam nak nangis jak bila dia tanya kenapa???...hmm..sabar je..air mata tahan dah nie...memang tak da mood nak rasa mengantuk dah..walaupun sebenarnya time kuliah chemistry ni lah yang di DK1 tu confirm2 nya aku akan rasa mengantuk gilaaa selalunya...

habis kuliah..gegas ke surau..sebelum nak solat zohor ni..sempat la juga call makcik Neza..haishhhh mengadu +cure hearts sakan..nie sambil duduk kat tangga dapur Surau Al-Irfaan..(hmm..rindu sangat dengan Surau Al-Irfaan dan sahabat2 Al-Irfaan)..menagis macam gagal exam jak...dengar nasihat daripada makcik Neza..Alhamdulillah  redah sikit air mata..siap boleh pujuk juga lah hati ni supaya Redha dengan ketentuan-NYA...then lepas solat zohor..jam 2 ada kuliah BIO..my favourite subject..In Syaa ALLAH berkekalan minat subjek nie and boleh bawa selalu..Aamiin..

duduk kat dalam DK3 ni memang best paling sejuk...hehe..padahal 1st2 dulu punya lah dk paling panas....sabar je lah..tpi finally...Alhamdulillah become DK paling sejuk pula last2 kan..hehe...(moral value: we need to change to be more better..no effort no change la kan)

bio study pun dah tak fokus time tu,,,,pujuk hati je..sabar..je la tunggu panggilan MR.UIA kan..then ila pula call..disebabkan dia la yang dengan baik hatinya( thank you  very much ila..syukran jazilan ya my twin hehe) call kakak UIA tu sruh semak balik rayuan ku..then FINALLY...kakak UIA tu call la dia bagutahu yang kakak kembar dia ni dapat tawaran ke UIA juga...and guess what...Ya Allah..Alhamdulillah i get the course that i really2 want "BIOLOGICAL SCIENCE"..ok rasa macam nak jerit ja..tapi time tua akudengan onarnya sambut call ila kat dalam DK..time lecture tengah mengajar pula tu..haiiiissshhhhh jgn tiru ya...ila kata "dengar ni tahniah kau dapt"..hehe aku dgr je tu truus off phone..senyumplus tesengih2 kat ziaqah..peluk ziqah..ye lah credit to ziqah sebab sellau bagi nasuhat kat kawan dia yang sellau sangat gelabah tak tntu pasal ni...hehe...hilang fokus 100%!!!!.rasa macam nak sujud syukur kat situ juga..tapi sabarkan hati tunggu akt surau ya..hehe...and yang paling best nya...seolah2 berita gembira ini disambut dan dirasai oleh subjek bio(ceh..hiperbola betul)..hari tu..petang tu juga..lecture BIO the end...means aku sempat menghabiskan pembelajaran bio dengan jayanya untuk sem 1 ini di KML...Ya Allah..feel happy:))))))))

(to be continue...)
p/s:ada masa baru continue In Syaa ALLAH

Sunday 15 September 2013

Hari Minggu Hari yang????

Assalamualaikum W.B.T...
hah!!!!bak kata Felis Catus...saya rajin update bloh haha...(maka barusan).baru pula aku perasan stiap kli aku menulis kat blog ni mesti ada TYPING ERROR...Oh my WRITING!!!not my English dah...=,=
hari minggu korang sahabat ku especially aien la kan..hari apa??hari tuk balik rumah?hhe...i know for person like us yg busy ni OF COURSE hari tu struggle kan....(h.a.h.a.  struggle la sgt kan>_<) ...tak gitu..hhe..

BY THE WAY..for this entry i would like to mentioned...LET'S PRAY FOR MESIR!SYRIA! AND PALESTIN!...Takbir!!ALLAH AKBAR!!!...but!!never forget to pray for MALAYSIA...may Allah blessing all of us..may Malaysia will be the true Islamic Citizen..Aamiiin...

R4BIA!!!

ok...besides that...pray May ALLAH bless us...we can achieve what we want..Aamiin In Syaa ALLAH..ALLAH give what we need not what we want!so la Tahzan if what u want is still not get.mybe not now...because Allah know what is the best for us..and always give what the best for us..and Allah give test to us as long as what we can carry..

>_< practice for MUET ya...go Band 4..my target... tp klu dapat Band 5 or 6 lh best hhe...In Syaa ALLAH Aamiin..

best esok cuti..SELAMAT HARI MALAYSIA!!!...bah,.nmpaknya msa terlalu mencemburui diri ini yg sedang merapu..haha sbenrnya saya yg terlalu santai petang ini shgga masa terasa bgtu cemburu dgn sya,,tpi MASA TAKDA MASA NAK CEMBURU PUN DGAN aku...sbb apa MASA itu NYAWA!!!not GOLD not SILVER yg boleh d ganti atau di GADAI...so..

ASSALAMUALAIKUM...
P/S: belilah majalah JOM In Syaa ALLAH..menarik wlupun kcil..In Syaa ALLAH mberi bnyk manfaat untuk DIRIKU DAN DIRIMU ^_<
Allahualam....