i love ALLAH

Tuesday, 26 February 2013

 
Do It Yourself!!!
hUH!!nie lah rupa Felt Rose yang aku buat....try pumya try nie yang rose yang kelima aku...ada rupa lah juga..XD...dengan kat lain...nie lah rose yang ku tengok menjadi dari yang sebelum-sebelumnya aku buat...
Hope aku rajin n dapat buat tuk colour yang lain...dapat buat sejambak tu kira bagus (hah!!ssebijik pun paksa rajin :P)
Pray for me jadi lebih rajin k amin....
Insya'ALLAH^^
 
 
 
                                             purple rose^^
                                                                   Felt Rose @}

Monday, 25 February 2013

“Every obstacle presents an opportunity to improve our condition.”

Tuesday, 19 February 2013

Assalamualaikum....
if korang baca blog ku nie..jawab lah ya salam nie
i pray for u and u pray for me..in syaa ALLAH

today 19.2.2013....okey i just can say ndak lama lagi result SPM kuar
wargh!!!!takut..nervous..seram..sapa yg same batch ngan diriku ini tau lah korang perasaan kita apa kan..hehe

let's we make du'a sama-sama okey
in syaa ALLAH diperkenankan..aminnn

''Ya ALLAH..Ya Wali...lindungilah kami hambaMu yang lemah ini...sesungguhnya kekuatan yang kami ada semuanya adalah dari Mu Ya ALLAH...dan kami bersyukur atas nikmat Mu ini..Ya ALLAH lindungilah kami...sesunggihNya Engkau tidak tidur ya ALLAH...di saat kami tidur hanya kepada Mu kami serahkan segala-galanyaa...semoga kami berada dalam pemeliharaan Mu ya ALLAH..aminn..Ya Rabb...''

i llal likok..In Syaa ALLAH..
Assalamualaikum...:)

Wednesday, 13 February 2013

Subhanallah...Allhamdulillah..Allah Akbar..

hidup ini penuh dugaan n ujian, there's no reason for us to complain about
kita lah yang sanggup untuk menyahut seruan Allah untuk menjadi khalifah di bumi ini,
Allah Maha Mengetahui...Allah tahu kita Hamba Nya yang kuat so teruskan HIDUP
selami jiwa,dalami Islam..In syaa ALLAH..
p/s:no follower lagi ney haha sesuailah buat diary nie....

Tuesday, 12 February 2013

08

Kisah Puteri Rasulullah s. a. w. Yang Bernama Siti Fatimah r. a.


COPYPASTE
Filed Under (Moral Stories) by Ieena on 08-07-2009
Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,”Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia.”(Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. “Terima kasih suamiku,” bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, “Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu.” Dalam nada sayu Fatimah berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?” Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.
Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, “Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat.” Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, “Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?” “Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, “Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya
Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka
Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. keadilan dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. taubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. kedermawan dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.

Monday, 11 February 2013

Alamak!!!polis kat depan la...

Assalamualaikum..WBT.
malam nie adalah first time aku ikut akak aku jalan.dia yang pandu keta malam2..1ST TIME!!!okey...ndak ke ku gegar tengok dia...aku ayng duduk kat sit sebelah pun sama hebat juga debar2 cam dia...tak nak susahkan orang so kita yang amik Mira@adik ku kat tempat tusyen dia...sebelum tu kitaorang singgah la pergi isi minyak dulu kat shell...bah gue yang tolong baayr sambil minta tolong abag kat sana tu ...heh suruh tolong isi minyak..ye lah girlz lah katakan minyak tak pandai isi...thanks lah ya kepada yang sudi tu..hehe..awal lah juga kita orang tiba kat tempat tusyen si Mira..tunggu punya tunggu..akhirnya mira pun kuar lah..abih tusyen dah...hehe..Mira pun masuk keta pa lagi ikut debar juga lah..yelah ikut Along yang memandu malam nie buat pertama kali nya...tangok kiri kanan ndak da keta ada ke tak da ke..bah kita lah jadi sound nya kepada sik memandu...ada motor kat depan keta kita..so aku pun suruh along slow jugak la...motor tu..hati2 lah kan...bah bak kata mira ndak payah ikut kan sangat aku nie..along pun potong lah motor tu..ceh potong motor aje..hehe...pas2 kat depan tu ALAMAK ada POLIS LA....ndak ke huru hara..yelah belt belum pakai lagi...huhu..huru hara alam keta..aku pun tak pakai belt..si along lagilah....aku yang cepat panik nie turut memanikkan suasana kat dalam keta...alamak belt nie tak tau lah cam na ku nak masukkan..yelah dah panik pa lagi boleh ingat..last2 aku pegang je belt si Along n aku sekali...ndak ke gila tu..huh sabor jelah..kat depan polis along pa lagi brek lah pelan2 kan..tapi terlajak lah kitaorang ntah lah polis tu suruh jalan je...HAHAHA..nasib lah along ada elsen keta lau tak ken kah haru jadinya...huh malu siot along!!!ketawa pecah dalam keta..yelah ndak ke polis tu tak naik hairan tengok keta lampu pun sebiji2 jak di pasang...pandu cam mabuk hehe sekali tengok ala...kecik ke pemandunye hehe...apa2pun Alhamdulillah tak kena apa2 tindakan ..huh amin....ini bakal menjadi pengajran buat kita semua ...pa dia..MASUK KETA PAKAI TALI PINGGANG okey!!!!

Friday, 8 February 2013

Alhamdulillah....awake

Assalamualaikum...alhamdulillah..we can breath today..see our sibling's face again...erm...aku rasalah kan aku nie jenis suka berimaginasi kot..boleh buat novel pa yang ku fikir nie..tapi aku tak da bakat cam na nak luahkan kat atas kertas atau nak luah kat bentuk ayat...dah lah blog ku nie blum da follower lagi..ya lah kosong je isi nya nie..stop nie dulu ye,nanti da idea blog lagi..

Alhamdulillah....awake

Assalamualaikum...alhamdulillah..we can breath today..see our sibling's face again...erm...aku rasalah kan aku nie jenis suka berimaginasi kot..boleh buat novel pa yang ku fikir nie..tapi aku tak da bakat cam na nak luahkan kat atas kertas atau nak luah kat bentuk ayat...dah lah blog ku nie blum da follower lagi..ya lah kosong je isi nya nie..stop nie dulu ye,nanti da idea blog lagi..
i heard atok Kassim laungkan azan in our house befor nenek,atuk n ayah bertolak ke airport twu utk ke umrah esok...Sayuuu..Alhamdulillah panggilan dari -NYA sudah tiba...smell something yg sangat harum..ndak tau lah kalu minyak wangi tapi memang menenagkan...air mata berjujuran..semoga perjalanan pergi dan balik sentiasa dalam Rahmat-NYA..amin..Semoga juga ibadah mereka semua diterima oleh ALLAH..amin...
p/s:there's no reason to sad because kalau ada rezeki tak kan ke mana(like my sis tell)<3..anyway Gambatte KUDASAI at home!!!be good girl okey>_^

Sunday, 3 February 2013

hidup ini tidak semudah yang di sangka...so NEVER COMPLAIN OKEY^_<.
kalau kita rasa masalah kita HESAR...ada lagi org yg LAGI BESAR PROBLEMNYA!!!
remember this:)