i love ALLAH

Thursday, 7 August 2014

for the sake of Allah...

Assalamualaikum...
angkat tangan siapa baca blog saya???krik..krik..krik...
(kalau ada cuba comment sikit,hehe...x nak pun tak pa,kita tak beria-ria pun)
Macam tajuk kat atas tu,hari ni saya nak share sikit...
oh ya tapi sebelum tu,saya nak ucapkan Salam Jumu'ah dan let's recite Al-Kahf...In Syaa Allah, tak lupa juga nak ucap..."SELAMAT HARI RAYA" hehe..maaf zahir dan batin:)...so macam mana syawal ni?dah puasa sunat syawal belum?dah ganti puasa belum?saja nak mengingatkan..

k balik pada apa yang sya nak share, apa2 pun sya share ni adalah untuk peringatan untuk diri saya sendiri juga:) dan untuk yang sudi nak baca...ok sekarang,kita tengok diri kita,alhamdulillah Allah still beri kita nyawa lagi hari ini,maksudnya Allah still beri kita peluang untuk bertaubat dan beribadah kepadaNYA,baik kan Allah,padahal mungkin sahaja semalam kita tidur lupa@malas nak baca doa,mungkin sahaja semalam kita sedang ketawa terbahak-bahak tengok running man,dan banyak lagi kemungkinan,..Astagfirullah-Al Azim...(istighfar jom!!!)
so hari ni, kalau kita sedar apa yang kita buat tu banyak melupakan Allah,Alhamdulillah juga sebab kita still diberi kesedaran, jadi jangan lepaskan peluang kesedaran yang Allah beri itu untuk pasangkan niat nak berubah,sikit pun tak pa.sikkkkkiiiiiitttt je pun tak pa,berubah pelan2 as long as u try and never give up. Kita nak hari ni jadi lebih baik dari semalam,lebih baik dari minggu lepas (minggu raya kot...futur berabis -.-''),lebih baik dari bulan lepas,lebih baik dari tahun2 lepas, In Syaa Allah...
Tapi sebelum tu pastikan kita niat nak berubah sebab apa?sebab nak cari redha Allah,change for the sake of Allah...berapa ramai antara kita sedar yang hidup kita ni cuma sementara?In Syaa Allah semua sedar, dan berapa ramai yang sedar sebenarnya tujuan Allah cipta kita ni sebab apa?
Mari kita buka terjemahan Al-Quran, surah ke-52 ayat ke 56 dan Surah ke 36 ayat 12...
Subahanallah, awak Allah tak cipta kita no propose...Allah cipta kita sebab nak beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi ni, bila sentuh tentang khalifah bukan lah spesific kepada pemimpin je,tapi iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran..ya Allah betapa alpa nya kita, padahal sebelum ditiupkan roh kedalam rahim ibu kita lagi kita dah janji dengan Allah yang Allah is our lord dan kita dah kata kita mampu nak pegang amanah di mana bila amanah tu nak diturunkan kepada langit,langit pun tak mampu nak pegang amanah tu, bila tanya gunung,gunungyang besaaaarrrrr tu (bayangkan gunung kinabalu...waaaa) tu pun tak mampu,tapi kita yang lebih kerdil daripada mahkluk Allah dua tu yang kata kita nak!!!! so there is no other reason for us to say NO!!!

Tapi jangan lah rasa terbeban,Allah menciptakan dan menentukan apa yang berlaku tu pasti ada hikmah yang  besar, sebab Dia Maha Mengetahui...jadi apa yang kita perlu buat sekarang,BERUSAHA CARI REDHA ALLAH..siapa nak masuk syurga???saya!!!!! In Syaa Allah..aamiin..In Syaa Allah kita la orang yang dapat masuk syurga bila mana kita berusaha dekatkan diri dengan Allah, mengamalkan sunnah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW, dan berusaha untuk mneyebarkan kebenaran dan keindahan Islam. Berusaha untuk menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dalam hidup kita dan dalam masa yang sama kita mengajak kawan-kawan kita yang lain untuk sambut CINTA ALLAH dan RASULULLAH SAW.

Sahabat2 sekalian, hidup ni cuma sementara,dunia akhirat adalah yang akan kekal, kita cuma seorang traveller sekarang ni yang mana kita berusaha cari bekal untuk di bawa ke alam akhirat, di mana bekal tu la yang dapat membawa kita untuk sampai ke destinasi sebenar iaitu syurga ALLAH dan bertemu dengan kekasih sebenar iaitu our creator ALLAH, the Most Beautiful,the Most Greater, and the other Asmaul Husna...
In  Syaa Allah kita sedar dan berusaha, hidup kita ni tak da makna nya bila Allah tak redha, sebab macam juga kita masuk rumah orang,tapi tuan rumah tak layan kita,buat dek je kat kita,kita suka ke?tak kan...bagus tak yah masuk rumah dia, sebab apa tuan rumah tak nak layan,sebab kita masuk rumah dia tak hormat dia,tak da adab, nak senang je,..hah!!!macam tu la...malu kut orang tak layan..cuba bayangkan bila kat akhirat,kita nak sangat Allah pandang kita,kita tapi dulu dunia kita nak hadapkan diri kat Allah pun tak,(nauzubillah..),tak pandang pun laranganNYA,tak ikut pun suruhaNYA, so fair ke??tepuk dada tanya iman kita....

Bila kita berusaha jadi hambaNYA yang soleh and solehah,kita tak rugi tau, In Syaa Allah besar manfaat dia, bukan setakat kita boleh capai syurgaNYA,tapi In Syaa Allah kita mampu bawa ibu ayah dan keluarga kita masuk syurga, cuba buka surah ke 66 ayat 6, so??kita nak ke jadi bahan api neraka??tak nak!!!jadi kita lah yang perlu jadi penyelamat,nak harap kan siapa lagi???cuba bagitahu??
dah banyak kut saya tulis,...kut la haha...k selamat membaca dan Salam Ukhuwah untuk awak!!!

p/s:saya nak jadi baik,sapa nak join???
Wallahualam..Assalamualaikum..