i love ALLAH

Thursday, 10 January 2013

alunan yang indah

Ya ALLAH,sungguh ingin sahaja aku mengalirkan air mata ini jika mampu,
tatkala telinga ini dihembus alunan lembut ayat suciMu,
tiada kata yang mampu ku luahkan selain SubhaAllah,
tiada rasa yang ku rasa selain getaran di hati,
getaran dari dalam jiwa yang mententeramkan,
lantas hati ini memohon padaMu,
ya ALLAH tetapkan iman ku,
agar aku dapat menjadi penghuni syurgaMu bersama-sama hamba Mu yang soleh,
Ya ALLAH walau tidak mampu ku menandingi para sahabat RasulMu,
yang berada di syurga bersama Rasulullah SAW,
ya ALLAH aku mohon agar ada syurga yang untukku masuki,
ada syafaat dari Rasulullah,ada ucapan Salam dariMu untukku,
bila tiba masanya,Insya-ALLAH

No comments: